Thursday, 31 October 2013

Percaya Dengan Qada dan Qadar

Ketahuilah bahawasanya di dunia ini semuanya hanya sifat sementara,  di dunia tiada yang kekal. Semua hanya pinjaman dari yang maha pencipa iaitu Allah S.W.T. Di dunia ini, sehebat mana, semewah mana, setinggi mana darjat, seego mana dan semiskin mana sekalipon yang pastinya kita tetap akan kembali kepadaNya.

Malah di dunia pelbagai keajaiban boleh berlaku dengan izin Nya. Yang kaya boleh jadi miskin, yang miskin boleh jadi kaya. Yang sihat tiba2 jatuh sakit, yang sakit boleh jadi sihat. Yang di atas tidak selamanya di atas, yang bawah tidak selamanya di bawah. Ini lah yang dinamanya roda2 kehidupan sebagai manusia atau hamba Allah. Semuanya boleh berubah sekelip mata juga dengan izin Nya. Tapi jika hati sentiasa beriman pada Allah tiada apa yang perlu di takutkan kerana kita yakin itulah qada dan qadar. 

Bersyukurlah selagi kita masih bernafas di bumi Allah ini. Dan terus menerus beribadat dan beriman kepada Nya sebelem menghembus nafas terakhir. 

Aku Kini Bukan Yang Dulu

Assalamualaikum.

Hi semua.. ini adalah 1st blog aku. Saja nk try berjinak2 dengan blog apabila tengok semua kawan2 aku ada blog sendiri. Sebelum ni aku bnyk follow blog kawan2, blog politik, blog isu semasa dan kini aku sendiri ingin menjadi blogger.

Mungkin aku rasa blog lah yang paling sesuai untuk berkongsi pengalaman hidup aku, suka dan duka. Yang mna yang patut aku kongsi, akan aku kongsi dan yang mana patut aku simpan, biarlah aku simpan dalam hatiku. Bagi aku blog juga tempat yang paling sesuai untuk meluahkan perasaan, untuk berkongsi pendapat dan untuk mencari imu dunia serta ilmu agama.